Projek tambakan laut Penang South Islands

Pulau Pinang

Pulau Pinang

Projek tambakan laut Penang South Islands (dulunya, Penang South Reclamation) akan terdiri daripada penebusgunaan tiga pulau buatan manusia.

Dalam Projek Pantau, ketelusan dinilai berdasarkan 39 titik data meliputi Pengenalpastian Projek serta fasa Persiapan, Perolehan, Pelaksanaan dan Penyiapan. Data hanya dianggap tersedia bagi umum jika data itu dapat diperoleh dalam talian dari suatu sumber yang boleh dipercayai.

Tersedia di laman sesawang kerajaan negeri atau Pemilik projek

Tersedia di laman sesawang pihak ketiga

Tidak tersedia di mana mana laman sesawang

Pengenalpastian Projek

Pemilik projek
Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Sektor, subsektor
Pembangunan perindustrian
Pembangunan perumahan
Pembangunan bandar (bandar baharu) Kumbahan
Kerja-kerja Penebusgunaan dan Pengorekan yang dicadangkan bagi PSR, Pulau Pinang.
Nama pendek: Projek tambakan laut Penang South Island (dulunya Penang South Reclamation)
Lokasi projek
Pulau-pulau PSR akan berada di garis pantai Pulau Pinang selatan. 22km dari Georgetown melalui Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu (LCE) dan kira-kira 352km dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Projek tambakan laut Penang South Islands (PSI) baharu akan terletak di hujung selatan Pulau Pinang. PSI terdiri daripada tiga pulau (A, B dan C), berkeluasan 4,500 ekar (1,821 hektar) mengenai jumlah saiz tanah.
Tujuan
Transformasi ekonomi: dibangunkan untuk menjadi sebahagian daripada pengembangan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas (Free Industrial Zone, FIZ) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; serta sebagai suatu pembangunan campuran yang terdiri daripada kawasan perumahan dan perdagangan.

Tanah yang ditebus guna juga akan dijual untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan, PTMP).
Huraian projek
Projek ini terdiri daripada penebusgunaan tiga pulau buatan manusia – Penebusgunaan Pulau Pinang Selatan (Penang South Reclamation, PSR). PSR meliputi suatu kawasan seluas 4,500 ekar, dengan pulau-pulau itu milikan Kerajaan Negeri sepenuhnya.

1. Penebusgunaan tanah bagi pulau buatan manusia 2. Pengorekan induk 3. Pembangunan kawasan perindustrian (≥20 hektar) 4. Pembangunan perumahan (≥50 hektar) 5. Pembinaan bandar baharu (≥100 hektar) 6. Pembinaan loji rawatan kumbahan
Skop projek (output utama)
Fasa 1: penebusgunaan Pulau B: saiz (1,400 ekar); jumlah penebusgunaan (58 juta m^3)
Fasa 2: penebusgunaan Pulau A: saiz (2,300 ekar); jumlah penebusgunaan (93.8 juta m^3)
Fasa 3: penebusgunaan Pulau C: saiz (800 ekar); jumlah penebusgunaan (37.3 juta m^3)
Impak alam sekitar
Projek ini terdiri daripada pelbagai aktiviti yang ditetapkan tetapi laporan EIA yang tersedia hanya membincangkan penebusgunaan dan pengorekan tanah. Terdapat kesan negatif terhadap tempat penetasan ikan dan dataran lumpur, dengan kehilangan menyeluruh kawasan pembiakan penyu di kawasan yang terjejas. EIA tersebut melaporkan kemungkinan penyebaran endapan dan pengurangan keupayaan air untuk mengumbah bahan pencemaran. Langkah-langkah pengurangan yang disyorkan termasuk pelupusan buangan yang betul daripada aktiviti pengorekan, menggunakan tirai kelodak (silt curtain) dan membina ban untuk mengelakkan endapan daripada terlepas di sekitar perairan.
Impak tanah dan penempatan
Lebih kurang 17.8km pinggir laut akan mengalami pengorekan untuk mewujudkan saluran capaian. Sejumlah 4500 ekar laut akan ditebus guna menjadi 3 pulau. Terdapat kesan negatif terhadap komuniti nelayan tempatan yang tinggal di kawasan itu, disebabkan oleh kawasan penangkapan ikan yang kian susut dan keperluan untuk keluar lebih jauh untuk menangkap ikan, akibatnya menanggung kos bahan api yang lebih tinggi.
Butiran perhubungan
Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel : +604-2621957 / +604-2642020
Faks : +604-2634940
Emel : webmaster@penang.gov.my
Sumber pendanaan
Pada tahun 2021, Ketua Menteri Chow Kon Yeow menyatakan bahawa majlis mesyuarat eksekutif kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan kerja-kerja penebusgunaan bagi Pulau A melalui suatu usaha sama dan bukan lagi di bawah model ‘Project Delivery Partner’ (PDP) atau ‘pengurus projek’. Beliau berkata, melalui model usaha sama itu, penebusgunaan Pulau A yang berkeluasan 920 hektar dengan kos RM3.8 bilion, akan dibiayai sepenuhnya oleh Konsortium SRS. Pendanaan Pulau B dan Pulau C belum diumumkan kepada khalayak ramai;
RM 3.8 bilion bagi Pulau A. Pendanaan Pulau B dan Pulau C belum diumumkan kepada khalayak ramai;
Tarikh bajet diluluskan
Satu perjanjian untuk melaksanakan kerja-kerja penebusgunaan bagi Pulau A melalui suatu usaha sama dan dan bukan lagi di bawah model ‘Project Delivery Partner’ (PDP) atau ‘pengurus projek’ telah dibuat semasa mesyuarat dengan Majlis Mesyuarat Eksekutif Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 24 Mac 2021. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyatakan bahawa perjanjian tambahan akan disediakan dan ditandatangani untuk menjadikannya mengikat dalam minggu berikutnya – tiada tarikh yang disahkan.
Entiti perolehan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang – tetapi Konsortium SRS ialah ‘Project Delivery Partner’ atau ‘pengurus projek’
Butiran perhubungan entiti perolehan
Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel : +604-2621957 / +604-2642020
Faks : +604-2634940
Emel : webmaster@penang.gov.my
Proses perolehan
Permintaan untuk cadangan
Jenis kontrak
Pada mulanya, projek ini dimulakan di bawah model ‘Project Delivery Partner’ (PDP) atau ‘pengurus projek’ dengan SRS sebagai PDP, sejak itu projek ini telah menjadi satu usaha sama.
Status kontrak (semasa)
Tertutup
Bilangan firma yang menyertai proses tender
55 respons daripada syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa, 6 pembida (pengemukaan cadangan)
Anggaran kos
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Entiti pentadbiran kontrak
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Tajuk kontrak
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Firma kontrak
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Harga kontrak
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Skop kerja kontrak
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Tarikh permulaan kontrak
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Tempoh kontrak
Maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Perubahan harga kontrak
Pada tahun 2013, kerajaan Pulau Pinang meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan, PTMP) yang bernilai RM27 bilion untuk menangani isu pengangkutan dan trafik negeri Pulau Pinang. Dua tahun kemudian, Konsortium SRS mencadangkan suatu pindaan PTMP yang menggelembungkan kos ke RM46 bilion.Tiada maklumat khusus mengenai perubahan harga kontrak bagi projek PSI/ PSR
Peningkatan harga kontrak
Pada tahun 2013, kerajaan Pulau Pinang meluluskan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (Penang Transport Master Plan, PTMP) yang bernilai RM27 bilion untuk menangani isu pengangkutan dan trafik negeri Pulau Pinang. Dua tahun kemudian, Konsortium SRS mencadangkan suatu pindaan PTMP yang menggelembungkan kos ke RM46 bilion.Tiada maklumat khusus mengenai perubahan harga kontrak bagi projek PSI/ PSR
Perubahan tempoh kontrak
Projek ditangguhkan – maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Perubahan skop kontrak
Projek ditangguhkan – maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Sebab perubahan harga
Projek ditangguhkan – maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Sebab perubahan skop & tempoh
Projek ditangguhkan – maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Status projek (semasa)
Projek ditangguhkan – dijangka bermula pada separuh kedua tahun 2022
Kos penyiapan (unjuran)
RM 3.8 bilion bagi Pulau A. Pendanaan Pulau B dan Pulau C belum diumumkan khalayak ramai.
Tarikh penyiapan (unjuran)
Projek ditangguhkan – dijangka siap pada tahun 2030
Skop penyiapan
Suatu EIA baharu hendaklah dikemukakan semula disebabkan oleh penjadualan berbeza bagi kerja penebusgunaan pulau yang perlu dilakukan – ketiga-tiga pulau yang dicadangkan sebelum ini tidak dinyatakan dalam pelan struktur negeri mereka. Jadi, mereka hendaklah mengemukakan suatu semakan kehakiman.
Sebab perubahan projek
Projek ditangguhkan – maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.
Rujukan kepada laporan audit dan penilaian
Projek ditangguhkan – maklumat tidak tersedia semasa penilaian dijalankan.

Lebih Banyak
Projeks

Download The Pantau Belanjawan Dataset

Download The Pantau Laksana Dataset