(Open Budget Index Score)
Penilaian Indeks Belanjawan Terbuka Malaysia (MyOBI) mengukur ketelusan belanjawan negeri melalui kebolehdapatan dan kualiti data dalam empat dokumen belanjawan utama: Cadangan Belanjawan Eksekutif (Executive Budget Proposal, EBP), Enakmen Perbekalan (Enacted Budget, EB), Laporan Akhir Tahun (Year-End Report, YER) dan Laporan Audit (Audit Report, AR). Dokumen belanjawan dianggap tersedia kepada khalayak ramai jika orang ramai dapat melihat dokumen tersebut secara percuma dalam internet.
61-100
Maklumat yang mencukupi
41-60
Maklumat yang minima
0-40
Maklumat yang tidak mencukupi
Markah Kebolehdapatan Dokumen
Dokumen Belanjawan
Tujuan dan Isi Kandungan Dokumen Belanjawan
Markah Kebolehdapatan Dokumen
Buku Belanjawan Negeri 2022, Rang Undang-Undang Perbekalan 2022, Budget Speech
Cadangan Belanjawan Eksekutif
Cadangan Belanjawan Eksekutif mengutarakan rancangan belanjawan yang dicadangkan bagi tahun yang akan datang, dan dikemukakan ke Dewan Undangan Negeri untuk kelulusan. Cadangan Belanjawan Eksekutif terdiri daripada ucapan belanjawan, Rang Undang-undang Perbekalan, dan anggaran hasil dan perbelanjaan.
84
Enakmen Rang Undang-Undang Perbekalan Negeri 2022
Enakmen Perbekalan
Selepas Cadangan Belanjawan Eksekutif diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri, Enakmen Perbekalan ialah mandat perundangan kerajaan untuk menyediakan butiran rancangan belanjawan yang muktamad.
100
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri 2022
Laporan Akhir Tahun
Laporan Akhir Tahun melaporkan pelaksanaan dan prestasi kewangan mengenai rancangan belanjawan sepanjang tahun fiskal tersebut.
84
Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penayata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri 2022
Laporan Audit
Laporan Audit ialah suatu penilaian bebas tentang ketepatan penyata kewangan kerajaan, dan pematuhan penyata itu kepada undang-undang dan peraturan pengurusan kewangan. Laporan Audit dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara.
84
Mekanisme Pengawasan
Mekanisme Pengawasan
Adakah Cadangan Belanjawan Eksekutif tahun 2022 telah dikemukakan?
Y
Adakah Dewan Undangan Negeri meluluskan Cadangan Belanjawan Eksekutif tahun 2022?
Y
Adakah Belanjawan Diperbuat tahun 2022 diumumkan kepada khalayak ramai?
N
Adakah Laporan Audit tahun 2020 dikemukakan di hadapan Dewan Undangan Negeri?
Y
Adakah suatu jawatankuasa Dewan Undangan Negeri (Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan) memeriksa Laporan Audit tahun 2019?
N
Berapakah bilangan hari Dewan Undangan Negeri bersidang pada tahun 2021?
7
Y
Ya
N
Tidak
NA
Maklumat tidak tersedia